Saturday, 21 October 2017

Jalan berlubang (pothole)


Gambar : Google

Soalan 1: Apa itu potholes atau jalan berlubang?
Jawapan 1: Potholes adalah lubang yang terbentuk di permukaan jalan. Saiznya tidaklah besar.

Soalan 2: Potholes ini berlaku hanya di Malaysia sahaja?
Jawapan 2: Tidak. Potholes ini berlaku di jalan-jalan di negara lain di seluruh dunia tidak terkecuali di negara maju.

Soalan 3: Berapa lama papan tanda tersebut perlu diletakkan?
Jawapan 3: Sehingga potholes ditampal.

Soalan 4: Bila perlu ditampal?
Jawapan 4: Tampalan sementara cold mix dilaksanakan apabila aduan diterima atau lokasi potholes dikenalpasti melalui routine inspection oleh unit rondaan.

Soalan 5: Kenapa lama sangat potholes baru ditampal?
Jawapan 5: Kemungkinan kerosakan jalan tersebut bukan lagi potholes, tetapi lebih daripada potholes, i.e jalan mendap, kerosakan kepada struktur jalan akibat air bawah tanah dan kenderaan melebihi beban yang dibenarkan. Perlukan peruntukan yang lebih besar bagi baiki kerosakan kepada struktur jalan.

Soalan 6: Kenapa potholes yang ditampal pecah semula? Buat kerja sambil lewa?
Jawapan 6: Potholes yang ditampal dengan coldmix adalah tampalan sementara. Perlu dibaiki semula dengan hotmix. Tampalan potholes secara coldmix oleh "hero @ gila glamour"  akan pecah juga. Kalau tak percaya boleh siasat tampalan yang dibuat oleh "gila glamour", berapa lama tampalan mereka boleh bertahan.

Soalan 7: Kami bayar cukai jalan, kenapa pothole jalan tak boleh dibaiki segera?
Jawapan 7: Pothole biasa ditampal segera secara sementara dengan coldmix. Jika kerosakan pada struktur jalan, ianya perlukan peruntukan lebih besar. Kalau nak kira, pembaikan jalan dengan guna duit cukai jalan motor sebagai contoh, memang tidak mencukupi. Macam bumi dan langit.

Soalan 8: "Gila glamour" telah menyelesaikan banyak aduan jalan berlubang. Kenapa pihak berkenaan lepas tangan?
Jawapan 8:  Pihak berkenaan telah menyelesaikan lebih banyak aduan daripada "gila glamour" dan tidak melaporkannya kepada "gila glamour" kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian. Pihak berkenaan juga telah menerima aduan daripada pihak-pihak lain juga, bukan hanya daripada "gila glamour" sahaja.